Thursday, April 1, 2010

Perkasa Pemuda PBB

Pergerakan Pemuda PBB akan mengadakan program Pemuda Perkasa pada 30 April hingga 2 Mei 2010. Perkasa adalah merupakan singkatan kepada Perjuangan ke arah suara akar umbi. Seramai 246 Pemuda yang terdiri daripada Ketua, Setiausaha dan Bendahari dari 71 cawangan termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda PBB akan menyertai program ini dan akan berkampung di Hotel Riverside Majestic Kuching.
Objektif program ini adalah :
  • menyemarakkan semangat perjuangan yang telah dihidupkan momentumnya sewaktu Mesyuarat Agung Ke-12
  • memantapkan lagi permahaman pemuda terhadap prinsip dan adas arahan transformasi dari pucuk pimpinan parti dan membawa amanah ini ke peringkat akar umbi
  • menyiapsiagakan pemuda dengan cabaran pilihanraya melalui maklumat terkini terhadap sistem pilihanraya menjurus kepada kajian trend sambutan undi rakyat terhadap Barisan Nasional dan rancangan penambahan pengundi yang menyokong Barisan Nasional.
  • memantapkan pengurusan parti di peringkat cawangan memalui penerangan tentang peranan, tugas dan tanggungjawap penjawat parti di peringkat cawangan
  • meningkatkan keakraban di kalangan pemuda yang berbilang kaum dan agama di seluruh negeri Sarawak agar sesuatu kerjasama erat terjalin
Misi :
Menanam semangat juang dan taat setia kepada parti PBB di kalangan Pemuda PBB
Visi :
Melahirkan Pemuda PBB Perkasa yang mampu menjadi benteng Parti
Tema :
Menjunjung arahan transformasi
Matlamat program :
  • Pemuda bijaksana parti terurus sempurna
  • Pemuda Perkasa sengat PBB berbisa
  • Pemuda erat perpaduan kuat
  • Pemuda maju parti terus bersatu
  • Ikrar patut pemuda kepada parti PBB
  • Janji taat setia kepada Ketua Pemuda dan pucuk Pimpinan Parti PBB
  • Sedia berjuang biar lautan api rintangannya
Di sepanjang program selama 2 hari 2 malam yang bermula pada malam 9 April tersebut, Pemuda-Pemuda PBB akan diberi pendedahan tentang
  1. Peningkatan kemahiran pengurusan parti
  2. Peraturan terkini tentang pilihanraya
  3. Proses permohonan projek-projek kecil dan tatacara perolehan projek dan permohonan lesen
  4. Perancangan asas SCORE : faedah kepada rakyat
  5. Dasar tanah adat Bumiputera
Disamping itu, terdapat juga sesi bengkel dimana peserta seminar akan dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk membincangkan topik-topik :
  1. Peranan Pemuda PBB dalam pendaftaran pengundi baru : Cabaran dan Prestasi
  2. Cadangan Program-Program kecil menjadikan PBB juara hati rakyat di peringkat akarumbi
  3. Mengenalpasti isu-isu politik terkini di peringkat akarumbi dan langkah penyelesaian
  4. Pemuda dalam perspektif ekonomi : Isu-isu ekonomi yang belum selesai
  5. Draf program ARMADA PEMUDA menuju pilihanraya
Hasil perbincangan dan perbentangan topik-topik tersebut akan menjadi resolusi dan akan diserahkan kepada Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan sewaktu majlis pernangguhan program.
Disamping itu, para perserta program juga akan mendengar ceramah politik yang akan dibentangkan oleh :
  1. YB Datuk Amar Adenan Hj Satem : Sejarah perjuangan PBB dan pengorbanan perjuang-perjuang terdahulu
  2. YB Dato Sri Douglas Unggah Embas : Transformasi Pemuda PBB menghadapi pilihanraya
  3. YB Datuk Amar Haji Awang tengah ALi Hassan : Halatuju PBB - Cabaran masa kini dan masa akan datang.
Program Perkasa Pemuda PBB yang merupakan ilham YB Ketua Pemuda, YB Fadillah Hj Yusuf diharap dapat memberi impak yang amat positif didalam memperkasakan Pergerakan Pemuda PBB di peringkat Cawangan dan Ranting. Dengan erti kata lain, program ini akan dapat memperkuatkan lagi parti dan mempertingkatkan semangat juang di kalangan ahli-ahli terutamanya penjawat parti di peringkat cawangan supaya keutuhan parti PBB akan terus padu.
Program ini juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan dan keakraban diantara penjawat parti di peringkat cawangan dan peringkat negeri seterusnya menjalinkan kerjasama erat bagi menghadapi pilihanraya negeri yang akan datang.
Taklimat daripada agensi kerajaan dan swasta akan dapat membuka minda serta meningkatkan kesedaran dan informasi dikalangan ahli-ahli Pergerakan Pemuda PBB tentang apakah peluang ekonomi yang dapat direbut untuk merealisasikan "Transformasi Rakyat mencapai Ekonomi Berpendapatan Tinggi".
Boleh dikatakan Program Perkasa Pemuda ini merupakan susulan kepada luahan hati Perwakilan dan Pemerhati pergerakan Pemuda PBB semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung Parti PBB ke-12 yang lalu.